Disclaimer

This site's content is meant to be a place to vent
out anger, frustration, happiness, sadness and all other kinds of emotions. So,
read at your own risk ....


Monday, August 8, 2011

Rasuah orang susah

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel
KUALA LUMPUR: Tindakan gereja yang menggunakan pendekatan membantu golongan susah dan kemudian menarik mereka secara perlahan-lahan untuk menganut Kristian adalah rasuah yang tak bermoral.
Bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, perbuatan itu yang dilaksana pendakwah Kristian jelas terkeluar daripada ajaran sebenar agama terbabit yang mengetengahkan pembentukan moraliti. “Tindakan gereja itu satu rasuah yang tak bermoral apabila menggunakan orang susah, membantu mereka dan kemudian menarik mereka perlahan-lahan menganut Kristian.

“Kita tahu cara itu bukan ajaran Kristian sebab didikannya sangat mementingkan pembentukan moral, tapi apa yang dibuat itu adalah daripada pendakwahnya yang tidak bermoral.

“Kalaupun mungkin terdesak untuk mendapatkan penganut, mereka (gereja) tak boleh melanggar moral, nilai Kristian...tetapi apa yang saya bimbang golongan ini gunakan Kristian untuk rosakkan negara kita,” katanya, semalam.

Ahli Majlis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu menjelaskan, keamanan dalam Malaysia selaku negara Islam berkemungkinan besar dicemburui pihak tertentu yang cuba merosakkannya dengan pelbagai cara.

“Kami tahu negara Islam banyak yang bergolak disebabkan campur tangan negara asing, penjajah dan sebagainya, (jadi) saya bimbang ia berlaku di negara kita (menerusi pendekatan di gunakan gereja) sedangkan ajaran Kristian tidak membenarkan begitu.

“Tak ada masalah kalau mahu mengajar, ajarlah...tetapi jangan sampai menggunakan orang susah, konon membantu mereka dan tarik mereka untuk menukar agama.....tak wajar,” katanya.

Beliau juga bersetuju pembongkaran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap perkara itu suatu yang perlu dilakukan bagi menyedarkan semua pihak sekali gus menggerakkan usaha mengekang penularan aktiviti itu.

Katanya, selain Jais, polis juga perlu sama menyiasat perkara terbabit sama ada wujud kemungkinan campur tangan pihak luar yang berselindung di sebalik gerakan gereja untuk mengucar-kacirkan keamanan negara.

“Perkara ini kalau tidak didedahkan akan berlaku krisis agama....lagi parah seperti yang berlaku di negara lain, mungkin akan ada orang Islam ekstrim yang bertindak membakar gereja, kita tak nak ia berlaku.

“Jadi sudah tiba masanya umat Islam bersatu atas dasar akidah walaupun berbeza fahaman politik. Kita kena tegasdalam soal akidah. Jangan ada ahli politik yang menggunakan isu ini dalam tawar menawar politik,” katanya.


This was another article that I read in Harian Metro today. Makes me even angrier. Makes me wonder whether these are those people who are trying their very best to create social disharmonious.

No comments: